Selaluku berdoa kpd yg Maha Esa
Moga dikurniakan seorang ratu di jiwa
Tempat kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna
Dikala aku keseorangan
Dia penghibur jua peneman
Hati yg sayu tdk kesepian
Duka dan lara tiada keresahan
Ya Allah tidak ku minta yg menawan
Tidak ku harap yg hartawan
Bukan jua kerana kedudukan
Cuma ku damba insan yg sepadan
Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
Biarpun derita yg menjadi rintangan
Ketulusannya yg tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya peribadi insan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar